Sabtu, 30 Julai 2011

BULAN RAMADHAN YANG MULIA HAMPIR TIBA (NIAT HARIAN, NIAT SEBULAN, DAN DOA BERKAITAN)

Bulan Ramadhan dah semakin dekat. Hanya beberapa jam dari sekarang, InsyaAllah, umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa. Berikut ada lafaz niat berpuasa di bulan Ramadhan harian, niat berpuasa sebulan Ramadhan, doa berbuka puasa dan doa selepas buka puasa.
NIAT PUASA RAMADHAN (HARIAN)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
NIAT PUASA SEBULAN RAMADHAN
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

DOA BERBUKA PUASA
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
DOA SELEPAS BERBUKA PUASA
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.



Sambutlah kedatangan Ramadhan dengan berdoa kepadaNya dengan tulus ikhlas:
“Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang. Segala puja dan puji bagi Allah yang telah memuliakan akan kami dengan naungan bulan Ramadhan, yang turun padanya malaikat-malaikat dan roh-roh yang mulia selawat dan salam atas junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabat yang mulia, kami mohon kepadamu ya Allah, pemeliharaan keamanan memasuki bulan Ramadhan dan tetapkanlah kami berpuasa Ramadhan, rahmatilah kami dan berkatilah dalam berpuasa Ramadhan, dan perbaikilah segala keadaan kami dan akhlak kami dan sekalian amal kami dalam bulan Ramadhan, ya Allah lanjutkan usia kami ini dengan berkat Ramadhan dan jadikanlah puasa kami ini mengikut segala puasa yang dipuasakan oleh nabi kami Muhammad s.a.w dengan rahmatMu ya Tuhan yang maha pengasih dan penyayang. Kesejahteraan dan keselamatan atas Nabi Muhammad dan segala puja dan puji bagi Allah tuhan seru sekalian alam”.
Mudah-mudahan, dapatlah kita sama-sama menghayati bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan ini, dan menjalani Ramadhan kali ini lebih baik dan penuh makna, berbanding tahun-tahun sudah.
Lafaz niat puasa Ramadhan, lafaz niat puasa sebulan Ramadhan, doa berbuka puasa dan doa selepas berbuka puasa diambil dari zelo55.com, manakala doa menyambut kedatangan ramadhan diambil dari buku Himpunan 75 Solat-solat Sunat.

Gagal Tukar Nama: Ashraf @ Aleesha Meninggal Dunia

 

Al-Fatihah.
Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, disini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untukmembincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Ahad, 24 Julai 2011

PUASA BERI KEKUATAN DALAMAN

Doa disifatkan dalam salah sebuah hadis sebagai senjata orang Islam dan pada ketika yang lain diibaratkan sebagai otak dari ibadat. Orang yang berpuasa seharusnya membanyakkan berdoa kepada Allah. Doa memberi pengharapan dan menambah keyakinan seorang hamba terhadap penciptanya. Doa juga menyedarkan manusia betapa kerdil dan lemah manusia terhadap perancangan Allah. Walau apa pun yang dirancang manusia ditangan Allah jua kuasa penentunya. Usaha manusia tidak akan dapat mengatasi qadak dan qadar Allah.
Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa hinggakan disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam 3 golongan manusia yang tidak akan ditolak doanya. Sabda Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan ditolak doanya ialah pemerintah yang adil, orang yang berpuasa hingga dia berbuka dan orang yang teraniaya. Dapatlah kita fahami di sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah doanya mudah diperkenankan. Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja akan akur pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan bahawa Allah memakbulkan permintaannya bahkan apa yang telah ditentukan Allah adalah yang terbaik untuk dirinya.
Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: ''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang meminta kepada Ku.''
Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti akan dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan mengotakan janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang yang berdoa tadi akan ditunaikan tetapi menurut cara Allah dan perancangan-Nya bukan perancangan manusia. Kadang-kadang perancangan Allah sama dengan
perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu. Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spirituil melalui sifat ikhlas. Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah. Jika kita makan atau minum dengan diam-diam mungkin tiada siapa yang melihat cuma Allah saja yang tahu.
Dengan ini puasa menanam sifat jujur dalam diri sendiri dan kepada Allah. Apabila kita membiasakan diri dengan ikhlas, kita bertambah yakin dengan segala tindak-tanduk kita. Kerana pentingnya sifat ikhlas ini Allah s.w.t. sendiri yang akan membatas pahala orang yang berpuasa.
Ketahanan badan yang diperoleh melalui latihan berlapar dalam puasa juga menghasilkan ketahanan mental dan rohani. Melalui puasa dapatlah kita fahami bahawa seseorang menjadi kuat dan boleh bekerja bukanlah kerana makan saja tetapi kerana keyakinan dan iman kepada Allah akan menjadi nadi
penggerak kepadanya. Ini terbukti dalam sejarah peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadan ketika pertama kali orang Islam diwajibkan berpuasa. Kekuatan seorang sahabat boleh bertambah menjadi kepada tenaga kekuatan dua puluh orang hanya kerana keimanan yang jitu pada Allah. Walaupun mereka sedang berpuasa musuh yang kenyang akhirnya tewas ditangan orang Islam yang lapar dan sedikit jumlahnya.
Kesan kerohanian ini sebolehnya dikekalkan dalam diri orang Islam. Dengan itu mereka dianjurkan meneruskan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal supaya
kekuatan rohani ini berkesinambungan. Bahkan untuk menjamin kesan kerohanian ini lebih dirasai dan berterusan, dari sebelum Ramadan orang Islam sudah mula berjinak-jinak dan berlatih melalui puasa Rejab dan Syaaban.
Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain. Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan pemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yang
terkandung daripada keberkatannya mereka akan memohon supaya Ramadan itu sepanjang tahun. Sayang sedikit bagi kebanyakan kita penekanan persediaan Ramadan ialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui untuk meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripada persiapan untuk puasa., Seharusnya kita bersiap untuk puasa bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.
Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan dan menambah ibadat. Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan sanggup sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih. Paling tidak pun mereka terpanggil ke masjid untuk menikmati juadah berbuka dan ''moreh'' selepas tarawih yang disedekahkan oleh orang ramai.
Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalah terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani dan jasmani. Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akal menjadi kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani dan jiwa pula kental dengan zikir dan istighfar. Fizikal badan pula mendapat ketahanan melalui puasa.
Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang lain. Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih merupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diri seseorang. Ia berupaya memberi kekuatan dalaman untuk pembangunan insan.

DARAH PERJUANGAN HANG TUAH

Hidup mati dua keadaan,
Itulah mati hasil perjuangan,
dalam menunaikan panggilan kewajipan,
Menjunjung titah bangsa dan watan.


Pantang darahku mengaku kalah, 
selagi tubuhku masih berdarah,
lebih mulia mati dari menyerah,
supaya tanahairku hidup megah.


Hidup hanya membayar kewajipan,
menjaga diri mengawal watan,
Kerisku ini perisai pengakuan,
tanahairku kan mendapat perlindungan.


Darahku kan jadi cemeti,
menghidupkan jiwa pemuda pemudi,
Untuk bangkit memberi bakti,
Supaya hidup, hidup ibu pertiwi.