Ahad, 20 Februari 2011

SYIAH KIAN TERSASAR, MENJADI SATU ANCAMAN...

SEDUTAN AKHBAR…


ALOR SETAR - Fahaman Syiah di Kedah kini berada pada tahap membimbangkan dan perlu dibendung demi mengekalkan kesejahteraan ummah. Penerima anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi berkata, fahaman itu kini sudah menular ke beberapa kawasan di negeri ini dan tidak menolak kemungkinan ia merebak ke seluruh Kedah sekiranya tiada tindakan pencegahan diambil.

Menurutnya, mereka yang mengamalkan ajaran Syiah dianggap sebagai ekstremis agama kerana ia menggalakkan perasaan benci terhadap pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. “Pada masa sama, pengikut ajaran Syiah bersifat militan dan bersedia mengancam nyawa sesiapa sahaja yang cuba menghalang mereka daripada melaksanakan aktiviti atau amalannya”.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, Syiah kini sudah bertapak di Pendang, Guar Chempedak, Sik serta Lubuk Kawah dan saya tidak menolak kemungkinan ia akan tersebar lebih meluas ke seluruh Kedah,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Abdul Aziz yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berkata, pemimpin ajaran Syiah juga sering bermulut manis di hadapan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun menghasut ahlinya untuk membenci ahli Sunnah dalam setiap pertemuan yang diadakan.

Menurutnya, terdapat beberapa tanda yang menunjukkan kegiatan Syiah di negara ini semakin bersifat radikal dan memberi ancaman kepada masyarakat Islam di Malaysia.

Ini termasuk tindakan beberapa pengikutnya yang mencederakan badan sendiri menggunakan senjata semata-mata untuk memperingati kematian cucu Rasulullah SAW, Sayidina Husin sewaktu penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulan ajaran itu di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 15 Disember lalu.

“Di Iran, pengikut Syiah yang mencederakan dirinya itu akan membunuh sekurang-kurangnya seorang ahli Sunni sebagai membalas dendam di atas kematian Sayidina Husin.

“Di Kedah, terdapat satu kes kematian membabitkan seorang aktivis Pas, Othman Talib yang didakwa terbunuh akibat pertembungan dua kumpulan yang berbeza fahaman politik pada pilihan raya kecil di Lubuk Merbau, Padang Terap 30 tahun lalu.

“Saya difahamkan tragedi itu juga disebabkan berlaku percanggahan fahaman agama antara dua pihak dan dikatakan terdapat unsur Syiah aliran Imamiyyah yang cuba diterapkan sewaktu pengebumian Allahyarham apabila jenazahnya dihantar bergilir-gilir oleh Pemuda Pas kawasan itu seraya melaungkan selawat yang diamalkannya,” katanya.

Abdul Aziz berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, fahaman dan ajaran Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana wujud beberapa percanggahan dari sudut akidah dan syariah.

Menurutnya, antaranya adalah menyanjung sahabat Rasulullah, Sayidina Ali secara keterlaluan, menghalalkan nikah mutaah, menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis Mutawatir dan mengkafirkan sahabat Rasulullah.

“Penyelewengan dari sudut syariah pula adalah menolak ijmak ulama, qias dan mengamalkan nikah mutaah. Pengikut Syiah juga terlibat pelbagai penyelewengan umum seperti percaya ganjaran syurga jika menziarahi kubur Sayidina Husin.

“Selain itu, menyeksa diri dengan memukul badan menggunakan rantai sehingga berdarah sempena 10 Muharam, mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan dan tidak mewajibkan haji,” katanya.

Dr Abdul Aziz percaya ajaran Syiah yang memudahkan ibadat dan menghalalkan nikah mutaah menjadi punca tarikan umat Islam di negara ini untuk menjadi pengikutnya.

“Walaupun di negara ini terdapat satu fahaman lagi iaitu Wahabi yang turut menimbulkan kebimbangan umat Islam, ancamannya tidak begitu berbahaya sebagaimana ditimbulkan pengikut Syiah. “Penganut Syiah menganggap umat Islam yang bermazhab lain sebagai kafir dan halal darah mereka untuk dibunuh. Jika sesama umat Islam pun puak Syiah ini menghalalkan pembunuhan, cuba kita fikirkan apa pula kesan dan tindakan yang boleh puak-puak ini ambil untuk golongan yang bukan Islam,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Abdul Aziz meminta pihak bertanggungjawab seperti jabatan agama dan Jawatankuasa Fatwa Negeri bertindak segera menghapuskan fahaman Syiah di samping membendung fahaman lain yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

“Saya tidak menolak kemungkinan terdapat orang yang mempunyai kedudukan dan pangkat seperti ahli politik dan ketua jabatan yang melindungi aktiviti fahaman Syiah.  “Bagaimanapun, kewajiban untuk menentang sebarang usaha memecahbelahkan perpaduan dan akidah umat Islam perlu ditangani segera dan saya minta semua pihak bekerjasama ke arah itu,” katanya.  

MANUSIA.....

MANUSIA MUDAH LUPA !!!

Manusia mudah lupa yang Allah swt yang menciptakan manusia
Allah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk ciptaannya

Manusia mudah lupa yang Allah swt itu Maha Bijaksana
Yang ditentukanNya mesti sesuai untuk setiap bangsa, tempat & zaman

Manusia mudah lupa yang Allah swt itu Maha Berkuasa
Allah swt sendiri akan memberi keamanan pada yang menurutnya

Manusia mudah lupa yang kita akan MATI !
Tapi setiap masa kita sedang mencabar ALLAH swt !

Manusia mudah lupa atau BUAT-BUAT LUPA ??
Jangan dah terlambat baru nak ingat

ADILNYA HUKUM HUDUD

PENERANGAN HUKUM HUDUD

SIRI AN-NAIM (28) 
Disusun oleh : Tuan Haji Daud B. Haji Muhammad, Ketua Penyelia Agama, Kelantan.
Terbitan : Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Kelantan.

HUKUMAN SEBAT DALAM ISLAM
Anggapan setengah masyarakat hari ini terhadap hukuman sebat yang terkandung dalam hukum dan perundangan Islam telah dipengaruhi oleh keadaan hukuman sebat yang dilaksanakan di penjara-penjara sekarang. Lebih-lebih lagi dari segi alat pemukul (rotan) cara-cara pukulan dan kesakitan yang dialami oleh penerimanya dan berbagai-bagai lagi. Dalam risalah yang kecil ini dijelaskan secara ringkas tentang hukuman sebat sebagaimana yang dikehendaki oleh ugama Islam terutamanya yang berhubung dengan alat sebat, cara-caranya dan anggota-anggota yang boleh dipukul (sebat). Hukuman sebat yang dikenakan sebagai siksaan bagi kesalahan jenayah yang menyentuh maruah, akal dan kehormatan :

(Mengikut Istilah Fuqaha') Ianya bertujuan diantara lainnya. : 
1. Supaya sesiapa yang menerima hukuman itu atau melihatnya akan menjauhi jenayah itu sejauh-jauhnya.
2. Membersihkan masyarakat dari perbuatan tabiat yang keji dan hina.
3. Mengamankan masyarakat dari bahaya dan ancaman penjenayah
4. Untuk menjadi contoh teladan yang paling berguna untuk mengatasi perbuatan-perbuatan jenayah. 


HUKUMAN SEBAT
Hukuman sebat itu terbahagi kepada dua bahagian :

1. Sebat dalam masalah hudud iaitu siksaan yang telah ditetapkan oleh Allah yang wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak dan perintah Allah Subhanahu wataala

2. Sebat dalam masalah Ta’zir iaitu kesalahan-kesalahan yang dikenakan dengan satu atau lebih daripada siksaan-siksaan ta’zir, selain daripada siksaan hudud, qisas, diat dan kafarat, dan erti ta’zir itu ialah denda yang menjadi pengajaran.Syarak tidak menetapkan sesuatu siksaan atau hukuman tertentu bagi kesalahan Ta’zir dan cukup serta memadai dengan menetapkan kumpulan hukuman dari serendah-rendahnya kepada seberat-beratnya dan sesudah itu diserahkan kepada pihak pemerintah untuk memilih dan menentukan mana-mana hukum-hukum yang sesuai mengikut suasana dan keadaan masalah itu sendiri.


JENIS-JENIS KESALAHAN HUDUD
Jenis-jenis kesalahan hudud yang telah ditetapkan hukuman sebat ialah : 

1. ZINA. 
Firman Allah swt, Maksudnya : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat. 
(Surah An-Nur : 2) 

Yang dimaksudkan dengan penzina perempuan dan penzina lelaki yang dikenakan hukuman sebat seratus kali itu ialah khusus untuk penzina yang belum kahwin (Ghaira Muhsin) Ertinya yang belum merasai persetubuhan halal, iaitu dengan cara berkahwin, adapun penzina yang telah berkahwin (Muhsin) hukumnya ialah rejam. Ini adalah berdasarkan kepada hadis yang bermaksudnya : 

Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah SAW. semasa baginda berada di dalam masjid lalu beliau memanggil Rasulullah seraya berkata : Wahai Rasulullah sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan zina, maka Rasulullah berpaling daripadanya sehingga diulang pengakuannya sebanyak empat kali. Maka apabila lelaki berkenaan telah membuat pengakuan ke atas dirinya sebanyak empat kali Rasulullah SAW. pun memanggilnya lalu bersabda : Adakah engkau gila ? Jawab lelaki itu : Tidak. Nabi bersabda lagi : Adakah engkau telah kahwin ? Jawab lelaki itu : Ya. Maka Nabi bersabda : Bawalah dia dan jalankan hukuman rejam. (Muttafaq 'Alaih)

2. QAZAF (MENUDUH ZINA) 
Firman Allah swt yang bermaksudnya : Orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat. 
(Surah An-Nur : 4)

Mengikut kaedah dalam perundangan Islam bahawa sesiapa yang menuduh seseorang dengan apa jua perbuatan yang haram, tertanggung ke atasnya (wajib) membuktikan kebenarannya. Dan jika gagal atau enggan hendaklah dikenakan siksaan. Melemparkan tuduhan zina ke atas seseorang adalah perbuatan yang menyentuh maruah dan kehormatan seseorang. Sangat berat untuk ditanggung oleh mana-mana orang yang tidak bersalah. Sangat banyak akibat yang timbul dari sesuatu tuduhan zina yang melulu ke atas seseorang. Perbuatan itu akan melahirkan kemarahan, persengketaan serta meruntuhkan rumahtangga dan masyarakat. Anak-anak yang lahir dari seseorang yang tertuduh zina akan menjadi mangsa. Kerukunan dan kebahagiaan suami isteri akan roboh dan hancur berkecai. Oleh itu amat wajar orang yang membuat tuduhan palsu itu dihukum sebat dengan lapan puluh kali sebat. 

Ertinya : Orang yang ketagihan arak itu adalah seperti penyembah berhala. Oleh kerana minum arak itu adalah dari perbuatan dan pekerjaan syaitan yang amat keji maka Rasulullah SAW telah menghukum ke atas peminum arak dengan empat puluh kali sebat sama ada peminum itu mabuk atau pun tidak.


KESALAHAN TA'ZIR
Firman Allah swt yang bermaksud : Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). (Surah An-Nisa' : 34)

Ayat tersebut merupakan hujjah dan dalil bagi ahli-ahli perundangan Islam bahawa hukuman sebat boleh dikenakan ke atas kesalahan-kesalahn ta'zir dan sebat merupakan hukuman utama dalam kesalahan-kesalahan ta'zir yang serius untuk memberi pengajaran yang tepat dan berkesan kepada penjenayah-penjenayah yang merbahaya yang sudah sebati dengan kesalahan-kesalahan itu. Keistimewaan hukuman ini ianya tidak membebankan pihak berkuasa (kerajaan) dan tidak menghalang pesalah sesudah menjalani hukuman dari berusaha menjalankan pekerjaan dan sebagainya dan tidak pula terpaksa meninggal dan membiarkan ahli keluarganya menempuh berbagai-bagi kesusahan dan keperitan hidup mencari nafkah dan sebagainya seperti mana dalam kes hukuman penjara kerana hukuman sebat dilaksanakan serta-merta setelah disabitkan kesalahannya dan sesudah itu dibebaskannya untuk membolehkan meraka menjalani kehidupan biasa bersama-sama keluarganya.


KADAR HUKUMAN SEBAT
Ulamak Syafie berpendapat bahawa hukuman sebat dalam kesalahan ta'zir tidak boleh melebihi sekurang-kurang hukuman hudud. Ertinya hukuman ta'zir dengan rotan 'Sebat' ke atas seseorang pesalah hendaklah kurang daripada empat puluh kali sebat.

Sabda yang bermaksud : Sesiapa yang melebihi had 'Sekatan' dalam kesalahan bukan hudud maka ianya termasuk bersama-sama golongan orang yang melampaui batas.

ALAT SEBAT
Alat sebat tidaklah dalam satu jenis dan satu bentuk sahaja sebat bolehlah dijalankan dengan menggunakan rotan atau pelepah tamar atau ranting kayu ataupun hujung kain bahawa untuk menyebat peminum arak maka sudah cukup dan tercapai maksudnya dengan menggunakan hujung kain atau pelepah tamar. Sekiranya digunakan rotan dan sebagainya maka itu hendaklah sederhana ukurannya jangan terlalu muda atau terlalu tua dan tidak yang berbuku-buku atau pecah-pecah atau seumpamanya supaya tidak boleh mencederakan atau menyebabkan luka parah ke atas pesalah. Ini kerana tujuan yang sebenar hukuman sebat bukan hendak membinasakan pesalah tetapi bertujuan mencegah dan melarang serta memberi pengajaran kepadanya.

Diriwayatkan oleh Malik dari Zaid bin Aslam katanya, seorang lelaki telah mengaku berzina di zaman Rasulullah SAW maka Rasulullah meminta sebatang tongkat untuk disebat lelaki itu, apabila tongkat yang dikehendaki dikemukakan kepada baginda Rasulullah SAW. didapati tongkat itu pecah-pecah, lalu baginda minta tongkat yang lain, apabila tongkat yang kedua dibawa kepadanya didapati pula tongkat itu daripada dahan kayu yang baru dipotong, Rasulullah SAW menolaknya lagi dan meminta tongkat yang sangat sederhana yang tidak keras, Rasulullah SAW menerimanya dan memerintahkan supaya disebat dengannya. 


CARA MELAKSANAKAN SEBAT
Ketika melaksanakan hukuman sebat hendaklah dengan cara sebatan yang sederhana. Orang yang menyebat tidak boleh mengangkat tangannya sehingga ke paras kepalanya atau dengan lain perkatan ia tidak boleh mengangkat tinggi tangannya sehingga nampak putih ketiaknya dan disebat berturut-turut supaya sampai kepada matlamat dan tujuannya.


ANGGOTA-ANGGOTA YANG BOLEH DIPUKUL
Pukulan hendaklah diatur supaya kena merata-merata anggota tubuh badan pesalah itu kecuali muka, kepala dan dada ditegah sama sekali memukulnya dan tidaklah boleh disebat hanya setempat sahaja.


KEADAAN PESALAH
Ketika menjalani hukuman, pesalah lelaki dikehendaki berdiri manakala pesalah perempuan dalam keadaan duduk dan tidak boleh dilucutkan pakaian biasa mereka yang menutup aurat seperti baju, seluar, kain sarung dan sebagainya. Dikecualikan pakaian-pakain yang tebal atau beralas yang boleh menghalang dari rasa sakit yang menjadi matlamat utama dan terpenting dalam hukuman sebat dan jika mereka berpakaian demikian “tebal” hendaklah diganti dengan pakaian yang nipis 'sederhana'.


PESALAH MENGANDUNG
Dan jika pesalah mengandung hendaklah ditunggu sehingga melahirkan anak sama ada anak kandungan itu dari perbuatan zina atau tidak dan sembuh dari sakit beranak serta suci dari darah nifas dan tenaganya sudah pulih. Ini berdasarkan kepada hadis yang bermaksud : Dari Sayyidina Ali RA bahawa beliau berkata : Bahawa seorang Amah 'Hamba' Rasulullah SAW telah berzina maka Rasulullah SAW telah mengarahkan kepadaku supaya aku jalankan hukuman sebat ke atasnya sedangkan ianya masih baru melahirkan anak, maka aku bimbang jika aku jalankan sebat ke atasnya akan membunuhnya, lalu aku beritahu keadaan itu kepada Rasulullah SAW , maka sabda Rasulullah "Biarlah dahulu dia sehingga sembuh dari sakit beranaknya kemudian boleh sesudah itu kamu jalankan hukuman ke atasnya". 


PESALAH SAKIT
Jika didapati pesalah dalam keadaan sakit dan penyakitnya ada harapan untuk sembuh maka hendaklah ditunggu sehingga dia betul-betul sembuh kerana jika dijalankan juga semasa pesalah itu sedang sakit akan bertambah berat penyakitnya dan mungkin boleh membinasakannya. Sebaliknya jika penyakitnya tidak ada harapan langsung untuk sembuh bolehlah dijalankan hukuman sebat serta-merta tanpa menunggu dan membuang masa lagi tetapi dengan satu syarat, bahawa rotan yang digunakan tidak akan membinasakannya. Oleh itu hendaklah menggunakan ranting kayu atau rotan yang kecil atau pun pelepah tamar yang kecil dan jika ukuran ini juga dibimbang akan membawa maut kepadanya maka bolehlah dikumpulkan seratus ranting kayu atau seumpamanya dan diikat dalam satu ikatan dan disebat dengannya satu kali. Cara begini pernah disuruh oleh Rasulullah SAW supaya dilakukan ke atas seseorang lelaki yang berzina yang sakit berat tidak mempunyai harapan untuk sembuh.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW. pernah menyuruh supaya dijalankan hukuman sebat ke atas seorang lelaki yang sedang sakit merana dengan satu pukulan dengan seratus mayang tamar yang diikat 'seikat' kerana lelaki itu telah melakukan perbuatan zina. 

Ini kerana pesalah yang sakit merana tidak mempunyai harapan untuk sembuh sama ada dibiarkan tanpa dijalankan hukuman sebat kerana penyakitnya atau dilaksanakan sepenuhnya, maka sudah pasti jika dilaksanakan sepenuhnya akan membawa maut kepadanya dan di dalam keadaan begini diambil jalan, tengah iaitu disebat satu kali dengan seratus mayang tamar seumpamanya yang diikat dengan satu ikatan sahaja.

Firman Allah yang bermaksud : Dan ambillah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukulah dengannya dan janganlah engkau menyalahi sumpahmu itu. (Surah Sod : 44) 

Dengan cara yang demikian adalah lebih baik dari biarkan tanpa menjalani hukuman atau dibunuh pesalah yang sakit yang tidak sampai kepada hukuman yang wajib dibunuh. 


PELAKSANAAN HUKUMAN SEBAT DIHENTI ?
Hukuman sebat dihenti dan tidak boleh dilaksanakan apabila timbul dan berbangkit sesuatu yang boleh menggugurkan hukuman hudud iaitu :

1. Apabila pesalah menarik balik pengakuannya sebelum dilaksanakan hukuman jika hukuman sebat kerana zina dijatuhkan berikutan pengakuannya samada pengakuannya itu dibuat secara langsung atau tidak.

2. Apabila saksi-saksi mengubah pendirian dan menarik balik kesaksian mereka sebelum dilaksanakan hukuman samada secara beramai-ramai atau sebahagian darinya sekiranya bilangan saksi yang tinggal kurang dari empat orang.


MASA DAN TEMPAT MELAKSANAKAN HUKUMAN
Tidak boleh dijalankan hukuman sebat dalam masa dan keadaan cuaca yang sangat panas atau terlalu sejuk jika dibimbang boleh membawa kebinasaan kepada pesalah dan bagi kesalahan hudud adalah dikehendaki supaya dijalankan hukuman sebat di hadapan orang-orang mukmin.

Firman Allah swt yang bermaksud : Dan hendaklah pelaksaan hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur : 2) 

Yang dimaksudkan dengan sekumpulan itu mengikut pendapat Mujahid 'Seorang lelaki dan ke atasnya sehingga sampai kepada seribu orang'. Manakala Ibnu Zaid pula berkata "Bahawa tak dapat tidak mesti dihadiri sekurang-kurangnya oleh empat orang dari kalangan orang-orang yang beriman sebagai qias dengan empat orang saksi dalam kes zina". Dan pendapat Ibnu Zaid ini adalah selaras dan sama dengan pendapat Imam Malik dan Imam Syafie.

Akhirnya dengan terlaksana hukuman sebat tercapailah kebaikan dan kepentingan umum (orang ramai) kerana Islam memandang kebaikan dan muslahat orang ramai itu lebih utama dari maslahat perseorangan dan dengan itu juga terhindarlah kerosakan, keruntuhan moral dan sebagainya dan seterusnya tercapailah kemuliaan dan kebahagian serta sentiasa mendapat Inayah, rahmat dan pertolongan Allah. 
Amin.


 ARTIKEL INI ADALAH SISIPAN YANG DIEDIT, NAMUN SAYA TIDAK MENGUBAH WALAU SEPATAH AYAT YANG TELAH DIKARANG OLEH PENULIS ASAL ARTIKEL INI...


BERSAMA-SAMALAH KITA MENILAI ADAKAH HUKUM HUDUD INI SESUAI UNTUK DILAKSANAKAN DI NEGARA KITA YANG TERCINTA INI..,SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN..JANGAN DAH TERHANTUK BARU NAK TERSEDAR...

KETENTUAN ALLAH ADALAH SEGALANYA

Kekadang kita meminta Allah sejambak bunga,
tetapi di beri-Nya sepohon kaktus berduri,
kadang kala kita meminta seekor kupu-kupu yang paling cantik,
tetapi Allah memberikan kita seekor ulat yang agak hodoh.......
Kita merasa kecewa, sedih, dan berduka.
tetapi.....pada suatu ketika dan waktunya...
tanpa kita sedar...saat kita terleka....
kaktus yang kita sangkakan tiada gunanya bagi kita..
dengan takdirnya.....
kaktus mengeluarkan bunga...lebih cantik dari apa yang kita hendaki....
ulat yang hodoh bertukar menjadi...kupu-kupu yang sangat cantik lagi indah...
itulah rahmat Allah...
dia jarang memberi apa yang kita pinta..
tetapi Allah akan memberi apa yang kita perlukan...
cuma masa dan keadaan yang menentukan segalanya...
jangan sesekali kita kecewa dengan takdir dan iradahnya... 

PERMATA YANG DICARI...



Dulu,
Ku hanya punya kenangan masa lalu dengan mu,
mengingatimu pengubat derita hatiku,
Kau insan istimewa dalam hiudupku,
Kau lah sahabat, kau lah yang terindah.
Walau jarak dan masa memisahkan kita,
Kau tetap di hati meniti hariku.



Kini,
Bila masa kian berlalu,
Ku ukir kenangan baru bersamamu,
Kenangan yang bisa menggetarkan hatiku,
baru kini ku sedar kau memang teristimewa,
Selama terpisah kau tetap dalam ingatan,
Kaulah permata yang memberi sinar dalam hidupku,
Kau lah jua cinta hatiku.
Kau lah permata hidupku...



Sumber yang telah diedit...Harap maklum...

AL-AQSA....APAKAH KESUDAHANNYA

Usaha terancang Zionis untuk roboh al-Aqsa: 
MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh',  terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi. Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis. Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As- Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj. ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.

 Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas
penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam.

 Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran. Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya. Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.

 Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah
kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638
Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul
Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul
Malik pada 705M.

Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh
Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya,
al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-
Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir
membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.
Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan
Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan,
mimbar, menara dan struktur dalaman.

Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka
menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya
sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam,
Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan
Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa
Palestin.
Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh
kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja
penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu,
Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di
selatan dan baratnya.

Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka
di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah
masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan
Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong
berhampiran bahagian barat masjid pada 1984.
Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka
mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya,
sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis).
Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan
terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat
ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting dari segi
agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada
hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi.
Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak
perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya
akan rosak dek kerja penggalian itu.

Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak
difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi
agama.

Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi
bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak
60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan
Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi
membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam
menamatkan gencatan senjata dengan Israel.

Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari
2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa
rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru
di bawah Masjid al-Aqsa.

Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa
yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah
Arab dan Palestin di Baitulmaqdis.

Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi
Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan
di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka
hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel
mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di
kawasan yang disebut.

Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah
Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian
berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan
mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis
adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam.
Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal
ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel
bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa
penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa
melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel.
Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya
mengancam asas Masjid al-Aqsa.

Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-
Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan
Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam
persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara
laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi.

Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah
‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama
di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk
Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid
al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak
Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.

Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel
dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya
sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-
Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis. Kawasan yang dimaksudkan
terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi
yang diduduki Israel pada 1967.

Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam
terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi
dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi,
bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi.

Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta
shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara
perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan
pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut
Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch
Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat.

Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit
mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan
bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai
Istana Umayyad.

Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam
terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan
bawah tanah masjid berkenaan. Yayasan memberi amaran mengenai risiko
dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha
segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan
solat Marwani di dalam masjid.

Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya
berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar
ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.
Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan
struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian
sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding
masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam.
Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin
(PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa,
yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi
tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar
dilakukan Israel di bawahnya.
Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja
pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari
kawasan selatan masjid.

“Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan
yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan
kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita
Maan.

Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur
Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12
meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.

Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi,
selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50
pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk
menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam
bersolat.

Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan
bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa
meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian
berterusan Israel.

Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di
mana penggalian bertumpu.

Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian
Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang
berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan
untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera.

JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur
kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein.
Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di
Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi
membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah
sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di
kawasan terbabit.

Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002;
“Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa
akibat runtuhan dinding masjid.”

MUNGKIN ADA YANG MENYATAKAN MENGAPA SAYA MENGIMBAS KEMBALI ARTIKEL LAPUK INI, NAMUN SEJAUH MANAKAH KESEDARAN KITA SEMUA TERHADAP PETIKAN AKHBAR INI...SEMOGA KITA KEKAL MEMIKIRKANYA,JANGAN SESEKALI KITA LUPAKANYA...

Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa
runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa
diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? 


Sumber: Berita Harian Online, Isnin, 25 Januari 2010 

MARI MENGUASAI AYAT AL-QURAN

Penguasaan ayat Al-Quran adalah penting untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Melalui Al-Quran manusia mengenal tujuan serta cara hidup mereka. Allah berfirman dalam surah An-Nahl,ayat 89."Dan kami telah menurunkan kepadamu sebuah Kitab yang menjelaskan tentang setiap perkara, ia merupakan petunjuk serta rahmat dan berita yang gembira bagi merka yang Muslim.

Menguasai Al-Quran bermula dengan mempertingkatkan kemampuan seseorang agar dia mampu membaca Al-Quran dengan baik. Kemampuan membaca Al-Quran dengan baik pula perlu disusuli dengan usaha untuk memahami setiap patah ayat yang terkandung dalam Al-Quran dengan betul.

Imam Ibnu Kathir di dalam tafsir Al-Quran Al-Azim pernah berkata, "Allah mengarahkan mereka agar mengamati isi-isi Al-Quran dan mengarang mereka dari berpaling daripadanya. Allah juga mengarahkan mereka agar memahami maksud ayat-ayat Al-Quran yang begitu halus lafaznya serta dipenuhi dengan kebijaksanaan".

Kefahaman yang betul pula perlu disusuli dengan penghayatan yang mantap. Hanya selepas Al-Quran difahami dan dihayati oleh umat islam, maka barulah akan muncul kekuatan iman yang sebenar-benarnya kedalam hati setiap umat islam, sekaligus akan membawa umat islam kearah mencapai kecemerlangan.