Ahad, 20 Februari 2011

MARI MENGUASAI AYAT AL-QURAN

Penguasaan ayat Al-Quran adalah penting untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Melalui Al-Quran manusia mengenal tujuan serta cara hidup mereka. Allah berfirman dalam surah An-Nahl,ayat 89."Dan kami telah menurunkan kepadamu sebuah Kitab yang menjelaskan tentang setiap perkara, ia merupakan petunjuk serta rahmat dan berita yang gembira bagi merka yang Muslim.

Menguasai Al-Quran bermula dengan mempertingkatkan kemampuan seseorang agar dia mampu membaca Al-Quran dengan baik. Kemampuan membaca Al-Quran dengan baik pula perlu disusuli dengan usaha untuk memahami setiap patah ayat yang terkandung dalam Al-Quran dengan betul.

Imam Ibnu Kathir di dalam tafsir Al-Quran Al-Azim pernah berkata, "Allah mengarahkan mereka agar mengamati isi-isi Al-Quran dan mengarang mereka dari berpaling daripadanya. Allah juga mengarahkan mereka agar memahami maksud ayat-ayat Al-Quran yang begitu halus lafaznya serta dipenuhi dengan kebijaksanaan".

Kefahaman yang betul pula perlu disusuli dengan penghayatan yang mantap. Hanya selepas Al-Quran difahami dan dihayati oleh umat islam, maka barulah akan muncul kekuatan iman yang sebenar-benarnya kedalam hati setiap umat islam, sekaligus akan membawa umat islam kearah mencapai kecemerlangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan